Pemegang pajak gadai berlesen.
Waktu Perniagaan: Isnin - Sabtu 8 pagi hingga 5.30 petang.
Solan Lazim:
1. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pajak Gadai Wangi?
- Pajak Gadai Wangi ialah kedai pajak gadai berlesen. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman wang.
- Pajak Gadai Wangi mengenakan faedah 2% sebulan untuk pinjaman wang.
- Pelanggan menyimpan emas atau barang kemas dengan kami sebagai cagaran sepanjang tempoh pinjaman dan menebus barang mereka apabila pinjaman dibayar balik.
2. Apakah itu "pajak gadai"?
- "Pajak gadai" bermaksud menyimpan barang berharga anda dengan pemegang pajak gadai sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman wang.
- Berbeza dengan menjual emas dan barang kemas, anda boleh menebus barangan anda selepas pinjaman dijelaskan.
- Mendapatkan pinjaman wang di Pajak Gadai Wangi adalah mudah: 1. Bawa emas atau barang kemas, 2. Pinjaman wang tunai diluluskan, 3. Anda membayar balik pinjaman termasuk faedah, 4. Barang anda dikembalikan.
- Jika anda ingin mendapatkan pinjaman wang tanpa menjual barang anda, maka pajak gadai adalah jawapannya.
3. Apakah proses pinjaman wang di Pajak Gadai Wangi?
- Kebanyakan transaksi di Pajak Gadai Wangi hanya mengambil masa beberapa minit.
- Kami menilai emas dan barang kemas anda berdasarkan harga pasaran harian.
- Setelah persetujuan dicapai, pelanggan akan menerima tiket pajak gadai dan wang tunai dengan serta-merta.
- Tempoh pinjaman ialah 6 bulan.
- Pelanggan boleh menebus barang gadaian mereka pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan.
- Selepas hampir tamat tempoh 6 bulan, tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan hanya membayar bunga.
4. Apakah barang yang boleh saya cagarkan?
- Anda boleh mendapatkan pinjaman tunai di Pajak Gadai Wangi dengan menggunakan emas, platinum, perak, berlian dan barang kemas sebagai cagaran.
- Kami menerima emas kuning, emas putih,
jam tangan emas, jongkong emas, syiling/dinar emas dan lain-lain barangan emas. Emas terpakai yang rosak,
putus, lusuh, serpih atau remuk juga diterima.
- Semua barang kemas emas: cincin, rantai leher dan tangan, gelang, subang, anting-anting, loket serta barang kemas emas yang berongga dan berbatu.
- Jika anda tidak pasti barangan anda akan diterima, sila hubungi kami.
5. Berapa banyak wang boleh saya dapat untuk cagaran saya?
- Penilaian kami berdasarkan nilai emas atau barang kemas yang pelanggan ingin cagarkan.
- Kami akan memberikan anda jumlah pinjaman wang yang tertinggi mengikut nilai semasa emas atau barang kemas anda.
6. Adakah saya layak untuk memajak?
- Semua pelanggan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah seperti MyKad atau pasport.
- Anda mestilah pemilik sah barang-barang yang anda ingin cagarkan.
7. Bagaimanakah faedah dikira?
- Faedah sebulan adalah 2% daripada jumlah yang dipinjamkan. Contohnya, pelanggan yang meminjam RM100 membayar RM2 faedah sebulan.
- Anda hanya perlu membayar faedah untuk tempoh pinjaman. Contohnya, pelanggan yang meminjam RM100 dan menebus barangnya dalam tempoh 3 bulan hanya membayar jumlah faedah sebanyak RM6. (RM2 x 3 bulan).
8. Berapa lamakah tempoh pinjaman?
- Tempoh pinjaman adalah 6 bulan atau lebih awal.
- Anda boleh menebus barang-barang anda pada bila-bila masa dalam tempoh pinjaman.
- Pinjaman boleh diperbaharui dan dilanjutkan untuk 6 bulan lagi.
9. Adakah saya perlu membuat bayaran bulanan untuk pinjaman saya?
- Bayaran bulanan adalah tidak wajib.
- Anda hanya perlu membuat bayaran faedah bagi pinjaman apabila menebus barang gadaian atau pada akhir tempoh pinjaman.
10. Bolehkah saya membuat pembayaran secara ansuran?
- Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran dalam apa-apa amaun.
11. Bilakah pinjaman saya akan tamat tempoh?
- Tarikh tamat tempoh pinjaman adalah 6 bulan dari tarikh pajak.
- Tarikh tamat pinjaman dicetak di atas tiket pajak gadai yang dikeluarkan kepada pelanggan.
- Pajak Gadai Wangi akan menghubungi pelanggan melalui telefon atau mel sebelum tamat tempoh pinjaman supaya pelanggan diingatkan menebus atau melanjutkan pinjaman mereka.
12. Bagaimana melanjutkan tempoh pinjaman saya?
- Sila ke Pajak Gadai Wangi dan bawa bersama Kad Pengenalan dan tiket pajak gadai anda.
- Anda perlu menjelaskan faedah untuk pinjaman.
- Tempoh pinjaman anda akan dilanjutkan untuk 6 bulan lagi.
- Kami akan memberikan tiket pajak gadai baru kepada anda.
13. Bagaimana menggantikan tiket pajak gadai yang hilang/ dicuri?
- Sila ke Pajak Gadai Wangi untuk membuat laporan tiket pajak gadai hilang dan bawa bersama Kad Pengenalan anda.
- Anda akan menerima tiket pajak gadai baru dalam masa beberapa minit.
14. Bolehkah saya menebus barang saya sebelum tempoh pinjaman telah tamat?
- Pelanggan boleh menebus barang mereka pada bila-bila masa sebelum tempoh pinjaman 6 bulan telah tamat.
- Tidak ada penalti dikenakan untuk menebus barang anda sebelum tempoh pinjaman 6 bulan telah tamat.
15. Adakah barang saya selamat?
- Kami mengambil berat isu keselamatan.
- Pajak Gadai Wangi menggunakan sistem pemantaun CCTV 24 jam, sistem penggera dan penyimpanan bilik kebal untuk melindungi barang-barang berharga anda.
- Nilai barang sandaran anda tidak akan merosot.
16. Adakah pembelian / penjualan tiket pajak gadai menyalahi undang-undang?
- Beli - jual tiket pajak gadai adalah salah di sisi undang - undang.
- Pemberi pinjaman wang tidak berlesen, ceti haram dan Ah Long membeli tiket pajak gadai dan peminjam dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi, biasanya lebih daripada 5%.
- Pelanggan Pajak Gadai Wangi boleh memperbaharui tiket pajak gadai mereka dengan mudah di Pajak Gadai Wangi dengan hanya membayar faedah dan tempoh pinjaman akan dilanjutkan selama 6 bulan lagi.