Saturday 7 January 2012

Faedah yang Rendah, Pantas dan Mudah: 8 kebaikan Pajak Gadai Wangi.

Read this article in English

1. Pajak Gadai Berlesen dan Faedah 2% Sahaja
  • Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 digubal untuk memastikan bahawa hak-hak peminjam dilindungi
  • Pajak Gadai Wangi adalah kedai pajak gadai berlesen yang mematuhi Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
  • Selaras dengan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, Pajak Gadai Wangi memberikan pinjaman tunai pada kadar faedah yang rendah, iaitu 2% sebulan. Contohnya, pelanggan hanya membayar RM2 sebulan untuk pinjaman RM100.
  • Pelanggan TIDAK membayar kadar faedah atau caj tinggi yang tidak berpatutan di Pajak Gadai Wangi.
  • Tempoh pinjaman adalah untuk tempoh 6 bulan atau lebih awal dan boleh diperbaharui untuk tempoh 6 bulan.
  • Semua barangan pajakan disimpan dengan selamat di dalam bilik kebal dan premis kami di bawah pengawasan CCTV 24 jam sehari.  

2. Kejujuran dan Integriti
  • Pajak Gadai Wangi adalah perniagaan kecil yang mengutamakan prinsip kejujuran dan integriti.
  • kami berurusniaga dengan cara yang adil dan profesional.
  • Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang merupakan keutamaan kami. Kami percaya pelanggan yang berpuas hati adalah iklan yang terbaik.
  • Pajak Gadai Wangi menghargai privasi pelanggan kami dan semua maklumat pelanggan akan dikendalikan dengan sulit.

3. Wang Tunai Pantas
  • Urusniaga di Pajak Gadai Wangi hanya mengambil masa beberapa minit.
  • Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan cagaran (emas atau barang kemas emas).
  • Emas dan barang kemas emas akan ditaksir oleh kakitangan yang berpengalaman.
  • Pelanggan hanya perlu membayar kadar faedah 2% sebulan untuk pinjaman mereka di Pajak Gadai Wangi 

 4. Penilaian yang Tinggi
  • Pajak Gadai Wangi memahami bahawa pelanggan ingin mendapatkan amaun pinjaman tertinggi untuk emas dan barang kemas emas mereka dan kami menawarkan penilaian yang tinggi untuk  barangan pajakan pelanggan.
  • Harga pasaran untuk emas agak stabil dan pelanggan boleh mendapatkan jumlah pinjaman yang tinggi untuk emas dan barang kemas emas di Pajak Gadai Wangi.   

5. Tiada Pemeriksaan Kredit atau Penjamin
  • Pajak Gadai Wangi TIDAK menjalankan pemeriksaan kredit terhadap pelanggan.
  • Pelanggan TIDAK perlu penjamin untuk mendapatkan pinjaman di Pajak Gadai Wangi.
  • Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan mereka dan cagaran (emas atau barang kemas emas).
  • Kegagalan menyelesaikan pinjaman tidak akan menjejaskan sejarah kredit pelanggan. 

6. Staf yang Mesra, Premis yang Selesa dan Perkhidmatan Cekap
  • Kakitangan Pajak Gadai Wangi sedia membantu pelangaan. Kami berbangga memberikan pelanggan perkhidmatan yang cemerlang.
  • Staf yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan barang kemas akan menawarkan penilaian yang tepat untuk emas dan barang kemas emas.
  • Pajak Gadai Wangi menggunakn sistem komputer. Setiap transaksi hanya mengambil masa beberapa minit.
  • Premis Pajak Gadai Wangi berhawa dingin, bersih dan selesa.

7. Lokasi yang Mudah dan Waktu Perniagaan yang Fleksibel.
  • Pajak  Gadai Wangi dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang Isnin - Sabtu.
  • Terletak di Jalan Pending, bertentangan Chung Hua Middle School No 1 dan mudah diakses.
  • Tempat letak kereta yang percuma di sekitar premis Pajak Gadai Wangi.
  • Terdapat kedai-kedai kopi, kedai-kedai alat tulis, pejabat dan kedai roti berhampiran kedai pajak gadai kami.

8. Kami Prihatin Terhadap Pelanggan
  • Pajak Gadai Wangi menyediakan perkhidmatan yang bernilai kepada masyarakat dengan menyediakan pinjaman wang pada kadar faedah yang munasabah.
  • Kami bertindak balas terhadap maklum balas pelanggan dan berusaha untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi setiap masa.
  • Kami mudah dihubungi melalui telefon, faks dan e-mel. Ikuti Pajak Gadai Wangi di Facebook dan Twitter!
  • Kami mengiklan melalui surat khabar dalam pelbagai bahasa untuk membolehkan semua pelanggan memahami perkhidmatan kami.
----------------

Pajak Gadai Wangi terletak di  No.1, Lot 8229, Jalan Pending, Kuching; berhadapan Sekolah Chung Hua No.1.

Waktu perniagaan kami adalah 8 pagi hingga 5.30 petang  Isnin - Sabtu.

Sila hubungi kami di 082 - 348 229, Fax: 082 - 331 022.

No comments:

Post a Comment