Saturday, 14 January 2012

Soalan Lazim

Read Our FAQ in English

PAJAK GADAI WANGI Kuching
Pemegang pajak gadai berlesen.
Tel: 082 – 348229 Fax: 082 – 331022 Twitter: twitter.com/pajakgadaiwangi
Waktu Perniagaan: Isnin - Sabtu 8 pagi hingga 5.30 petang.

Solan Lazim:

1.  Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pajak Gadai Wangi?
  • Pajak Gadai Wangi ialah kedai pajak gadai berlesen. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman wang.
  • Pajak Gadai Wangi mengenakan faedah 2% sebulan untuk pinjaman wang.
  • Pelanggan menyimpan emas atau barang kemas dengan kami sebagai cagaran sepanjang tempoh pinjaman dan menebus barang mereka apabila pinjaman dibayar balik.

 2.  Apakah itu "pajak gadai"?
  • "Pajak gadai" bermaksud menyimpan barang berharga anda dengan pemegang pajak gadai sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman wang.
  • Berbeza dengan menjual emas dan barang kemas, anda boleh menebus barangan anda selepas pinjaman dijelaskan.
  • Mendapatkan pinjaman wang di Pajak Gadai Wangi adalah mudah: 1. Bawa emas atau barang kemas, 2. Pinjaman wang tunai diluluskan, 3. Anda membayar balik pinjaman termasuk faedah, 4. Barang anda dikembalikan.
  • Jika anda ingin mendapatkan pinjaman wang tanpa menjual barang anda, maka pajak gadai adalah jawapannya.

3.  Apakah proses pinjaman wang di Pajak Gadai Wangi?
  • Kebanyakan transaksi di Pajak Gadai Wangi hanya mengambil masa beberapa minit.
  • Kami menilai emas dan barang kemas anda berdasarkan harga pasaran harian.
  • Setelah persetujuan dicapai, pelanggan akan menerima tiket pajak gadai dan wang tunai dengan serta-merta.
  • Tempoh pinjaman ialah 6 bulan.
  • Pelanggan boleh menebus barang gadaian mereka pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan. 
  • Selepas hampir tamat tempoh 6 bulan, tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan hanya membayar bunga.

4.  Apakah barang yang boleh saya cagarkan?
  • Anda boleh mendapatkan pinjaman tunai di Pajak Gadai Wangi dengan menggunakan emas, platinum, perak, berlian dan barang kemas sebagai cagaran.
  • Kami menerima emas kuning, emas putih, jam tangan emas, jongkong emas, syiling/dinar emas dan lain-lain barangan emas. Emas terpakai yang rosak, putus, lusuh, serpih atau remuk juga diterima.
  • Semua barang kemas emas: cincin, rantai leher dan tangan, gelang, subang, anting-anting, loket serta barang kemas emas yang berongga dan berbatu.
  • Jika anda tidak pasti barangan anda akan diterima, sila hubungi kami.

5.  Berapa banyak wang boleh saya dapat untuk cagaran saya? 
  • Penilaian kami berdasarkan nilai emas atau barang kemas yang pelanggan ingin cagarkan.
  • Kami akan memberikan anda jumlah pinjaman wang yang tertinggi mengikut nilai semasa emas atau barang kemas anda.

6.  Adakah saya layak untuk memajak? 
  • Semua pelanggan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah seperti MyKad atau pasport.
  • Anda mestilah pemilik sah barang-barang yang anda ingin cagarkan.

7.  Bagaimanakah faedah dikira? 
  • Faedah sebulan adalah 2% daripada jumlah yang dipinjamkan. Contohnya, pelanggan yang meminjam RM100 membayar RM2 faedah sebulan. 
  • Anda hanya perlu membayar faedah untuk tempoh pinjaman. Contohnya, pelanggan yang meminjam RM100 dan menebus barangnya dalam tempoh 3 bulan hanya membayar jumlah faedah sebanyak RM6. (RM2 x 3 bulan).
 
 8.  Berapa lamakah tempoh pinjaman?
  • Tempoh pinjaman adalah 6 bulan atau lebih awal.
  • Anda boleh menebus barang-barang anda pada bila-bila masa dalam tempoh pinjaman.
  • Pinjaman boleh diperbaharui dan dilanjutkan untuk 6 bulan lagi.
 
 9.  Adakah saya perlu membuat bayaran bulanan untuk pinjaman saya?
  • Bayaran bulanan adalah tidak wajib.
  • Anda hanya perlu membuat bayaran faedah bagi pinjaman apabila menebus barang gadaian atau pada akhir tempoh pinjaman.

 10.  Bolehkah saya membuat pembayaran secara ansuran? 
  •  Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran dalam apa-apa amaun.

11.  Bilakah pinjaman saya akan tamat tempoh?
  • Tarikh tamat tempoh pinjaman adalah 6 bulan dari tarikh pajak.
  • Tarikh tamat pinjaman dicetak di atas tiket pajak gadai yang dikeluarkan kepada pelanggan.
  • Pajak Gadai Wangi akan menghubungi pelanggan melalui telefon atau mel sebelum tamat tempoh pinjaman supaya pelanggan diingatkan menebus atau melanjutkan pinjaman mereka.
 
12.  Bagaimana melanjutkan tempoh pinjaman saya?
  • Sila ke Pajak Gadai Wangi dan bawa bersama Kad Pengenalan dan tiket pajak gadai anda.
  • Anda perlu menjelaskan faedah untuk pinjaman.
  • Tempoh pinjaman anda akan dilanjutkan untuk 6 bulan lagi.
  • Kami akan memberikan tiket pajak gadai baru kepada anda.
 
13.  Bagaimana menggantikan tiket pajak gadai yang hilang/ dicuri?
  • Sila ke Pajak Gadai Wangi untuk membuat laporan tiket pajak gadai hilang dan bawa bersama Kad Pengenalan anda.
  • Anda akan menerima tiket pajak gadai baru dalam masa beberapa minit.

14.  Bolehkah saya menebus barang saya sebelum tempoh pinjaman telah tamat? 
  • Pelanggan boleh menebus barang mereka pada bila-bila masa sebelum tempoh pinjaman 6 bulan telah tamat.
  • Tidak ada penalti dikenakan untuk menebus barang anda sebelum tempoh pinjaman 6 bulan telah tamat.

15.  Adakah barang saya selamat?
  • Kami mengambil berat isu keselamatan.
  • Pajak Gadai Wangi menggunakan sistem pemantaun CCTV 24 jam, sistem penggera dan penyimpanan bilik kebal untuk melindungi barang-barang berharga anda.
  • Nilai barang sandaran anda tidak akan merosot.

16.  Adakah pembelian / penjualan tiket pajak gadai menyalahi undang-undang? 
  • Beli - jual tiket pajak gadai adalah salah di sisi undang - undang.
  • Pemberi pinjaman wang tidak berlesen, ceti haram dan Ah Long membeli tiket pajak gadai dan peminjam dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi, biasanya lebih daripada 5%.
  • Pelanggan Pajak Gadai Wangi boleh memperbaharui tiket pajak gadai mereka dengan mudah di Pajak Gadai Wangi dengan hanya membayar faedah dan tempoh pinjaman akan dilanjutkan selama 6 bulan lagi.

6 comments:

  1. selain pajak gadai adakah anda menerima penjualan emas dari pelanggan?

    ReplyDelete
  2. Anda boleh mendapatkan pinjaman wang tunai dengan cagaran emas di Pajak Gadai Wangi tanpa menjual emas. Faedah ialah 2% sebulan dan tempoh 6 bulan & boleh dilanjutkan.
    http://pajakgadaiwangi.blogspot.com/2012/03/jual-emas-atau-pajak.html
    Untuk maklumat lanjut, sila emel atau telefon 082-348 229
    http://pajakgadaiwangi.blogspot.com/p/contact.html

    ReplyDelete
  3. Hi, hari sabtu bleh tebus balik barang kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh tebus bila bila masa dalam waktu perniagaan kedai. Buka Isnin hingga Sabtu, tutup Ahad dan cuti umum.

      Delete
  4. mcm mana nak pajak jam terpakai..model apa yg pajak gadai wangi terima..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Pajak Gadai Wangi hanya menerima jam tangan yang talinya diperbuat daripada emas 18K ke atas.

      Delete