1. Pajak Gadai Berlesen dan Faedah 2% Sahaja
- Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 digubal untuk memastikan bahawa hak-hak peminjam dilindungi
- Pajak Gadai Wangi adalah kedai pajak gadai berlesen yang mematuhi Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
- Selaras dengan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, Pajak Gadai Wangi memberikan pinjaman tunai pada kadar faedah yang rendah, iaitu 2% sebulan. Contohnya, pelanggan hanya membayar RM2 sebulan untuk pinjaman RM100.
- Pelanggan TIDAK membayar kadar faedah atau caj tinggi yang tidak berpatutan di Pajak Gadai Wangi.
- Tempoh pinjaman adalah untuk tempoh 6 bulan atau lebih awal dan boleh diperbaharui untuk tempoh 6 bulan.
- Semua barangan pajakan disimpan dengan selamat di dalam bilik kebal dan premis kami di bawah pengawasan CCTV 24 jam sehari.
2. Kejujuran dan Integriti
- Pajak Gadai Wangi adalah perniagaan kecil yang mengutamakan prinsip kejujuran dan integriti.
- kami berurusniaga dengan cara yang adil dan profesional.
- Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang merupakan keutamaan kami. Kami percaya pelanggan yang berpuas hati adalah iklan yang terbaik.
- Pajak Gadai Wangi menghargai privasi pelanggan kami dan semua maklumat pelanggan akan dikendalikan dengan sulit.
3. Wang Tunai Pantas
- Urusniaga di Pajak Gadai Wangi hanya mengambil masa beberapa minit.
- Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan dan cagaran (emas atau barang kemas emas).
- Emas dan barang kemas emas akan ditaksir oleh kakitangan yang berpengalaman.
- Pelanggan hanya perlu membayar kadar faedah 2% sebulan untuk pinjaman mereka di Pajak Gadai Wangi.
4. Penilaian yang Tinggi
- Pajak Gadai Wangi memahami bahawa pelanggan ingin mendapatkan amaun pinjaman tertinggi untuk emas dan barang kemas emas mereka dan kami menawarkan penilaian yang tinggi untuk barangan pajakan pelanggan.
- Harga pasaran untuk emas agak stabil dan pelanggan boleh mendapatkan jumlah pinjaman yang tinggi untuk emas dan barang kemas emas di Pajak Gadai Wangi.
5. Tiada Pemeriksaan Kredit atau Penjamin
- Pajak Gadai Wangi TIDAK menjalankan pemeriksaan kredit terhadap pelanggan.
- Pelanggan TIDAK perlu penjamin untuk mendapatkan pinjaman di Pajak Gadai Wangi.
- Pelanggan hanya perlu membawa kad pengenalan mereka dan cagaran (emas atau barang kemas emas).
- Kegagalan menyelesaikan pinjaman tidak akan menjejaskan sejarah kredit pelanggan.
6. Staf yang Mesra, Premis yang Selesa dan Perkhidmatan Cekap
- Kakitangan Pajak Gadai Wangi sedia membantu pelangaan. Kami berbangga memberikan pelanggan perkhidmatan yang cemerlang.
- Staf yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan barang kemas akan menawarkan penilaian yang tepat untuk emas dan barang kemas emas.
- Pajak Gadai Wangi menggunakn sistem komputer. Setiap transaksi hanya mengambil masa beberapa minit.
- Premis Pajak Gadai Wangi berhawa dingin, bersih dan selesa.
7. Lokasi yang Mudah dan Waktu Perniagaan yang Fleksibel.
- Pajak Gadai Wangi dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang Isnin - Sabtu.
- Terletak di Jalan Pending, bertentangan Chung Hua Middle School No 1 dan mudah diakses.
- Tempat letak kereta yang percuma di sekitar premis Pajak Gadai Wangi.
- Terdapat kedai-kedai kopi, kedai-kedai alat tulis, pejabat dan kedai roti berhampiran kedai pajak gadai kami.
- Pajak Gadai Wangi menyediakan perkhidmatan yang bernilai kepada masyarakat dengan menyediakan pinjaman wang pada kadar faedah yang munasabah.
- Kami bertindak balas terhadap maklum balas pelanggan dan berusaha untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi setiap masa.
- Kami mudah dihubungi melalui telefon, faks dan e-mel. Ikuti Pajak Gadai Wangi di Facebook dan Twitter!
- Kami mengiklan melalui surat khabar dalam pelbagai bahasa untuk membolehkan semua pelanggan memahami perkhidmatan kami.
Waktu perniagaan kami adalah 8 pagi hingga 5.30 petang Isnin - Sabtu.
Sila hubungi kami di 082 - 348 229, Fax: 082 - 331 022.
No comments:
Post a Comment