Bahasa Malaysia
Kedai emas tidak mempunyai lesen untuk menjalankan
perniagaan pajakan dan pinjaman wang. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah
undang-undang menjalankan perniagaan sedemikian tanpa lesen yang sah.
Ciri – ciri kedai emas yang memberi pinjaman wang secara haram:
- Tidak mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta
Pemegang Pajak Gadai 1972.
- Mengenakan faedah lebih daripada 2% sebulan dan
tempoh pinjaman yang pendek.
- Memberikan resit pembelian dan bukannya tiket
pajakgadai kepada peminjam.
- Mengenakan pelbagai caj yang tidak berpatutan.
- Barang sandaran tidak disimpan di peti
keselamatan premis kerana kedai emas yang menjalankan aktiviti pajakan secara
haram ingin mengelak daripada diserbu oleh pihak berkuasa.
- Peminjam di kedai emas perlu telefon terlebih
dahulu untuk menebus barangan mereka.
- Emas yang dicagarkan akan menjadi milik si
pemilik kedai emas sekiranya tidak ditebus dalam tempoh pinjaman. Wang baki
tidak akan dikembalikan.
- Peminjam di kedai emas tidak mempunyai saluran
untuk membuat aduan apabila terdapat pertikaian kerana kedai emas menjalankan
operasi pajakan yang haram.
- Peminjam di kedai emas akan kehilangan harta
benda mereka apabila diserbu oleh pihak berkuasa.
Jauhilah pemberi pinjam wang yang tidak berlesen!
Pajak Gadai Wangi ialah pajak gadai berlesen dan boleh
memberi pinjaman dengan cagaran emas secara sah. Anda boleh berurus niaga
dengan Pajak Gadai Wangi dengan penuh yakin.
English
Goldsmiths
and jewelry stores are not licensed to do pawn broking and money lending businesses. It is an offense
under the law to operate such a business without
a valid license.
Characteristics of
goldsmiths and jewelry stores with
illegal pawn broking and money lending operations:
- Does not comply with the regulations
under the Pawnbrokers Act 1972.
- Impose interest rates of
more than 2% per
month and shorter term loans.
- Provides a purchase receipt instead of a pawn ticket
to the borrower.
- Forces the borrower
to pay various unnecessary charges.
- The borrower will
need to call in advance when redeeming their items as the pawn items are
stored elsewhere.
- Pawn items which are unclaimed will become the property of the goldsmiths or jewelry
store owner. Any remaining money will not be refunded.
- If there is a dispute, the borrower will face difficulties when
making a complaint due to the illegal nature of the business.
- The borrower will lose all their valuables when the illegal
money lending operation is raided by the local authorities.
Stay away from illegal money lenders!
Pajak Gadai Wangi is a licensed pawnshop and
you can deal with us with full confidence.
中文
金店无有效的合法典当或贷款牌照, 根据法律规定是不能合法提供典当或贷款服务。
非法提供典当或贷款服务的金店:
- 不符合Pawnbrokers
Act 1972法律规定。
- 借款人赎回自己的物品需要提前打电话,非法提供典当服务的金店把物品存储在其他地方。
- 如果物品没赎回, 将成为非法提供典当服务金店的财物。任何余额金额将不予退还。
- 由于业务的非法性,如果发生纠纷,借款人将面临困难提出投诉。
请远离高利贷和非法提供典当/贷款服务!
Pajak Gadai Wangi (旺裕當铺)是有政府执照的典当行,您可以信心与我们交易。