Friday 5 October 2012

Pinjaman untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana

 View the English version of this article

Dapatkan Pendanaan untuk Perniagaan Anda: Pinjaman Wang Cepat & Fleksibel di Pajak Gadai Wangi

Modal daripada pinjaman perniagaan membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memanfaatkan peluang perniagaan yang sedia ada serta membantu meningkatkan pelaburan dalam inovasi dan pertumbuhan sesuatu perniagaan/industri.

Namun, bank tidak akan meluluskan pinjaman kepada perniagaan tanpa jaminan dalam bentuk wang tunai ataupun harta tanah dan sering mengambil 1-3 hari untuk meluluskan pinjaman. Bank juga akan mengkaji sejarah kredit anda, pelan perniagaan, pengalaman dan pendidikan serta kebolehlaksanaan perniagaan anda apabila anda memohon pinjaman.

Di Pajak Gadai Wangi, kami menawarkan perkhidmatan pinjaman wang tunai dengan emas dan barang kemas sebagai cagaran. Kadar faedah ialah 2% sebulan.

Cepat
  • Kami menilai emas atau barang kemas anda dan memberikan anda wang tunai dan tiket pajak gadai, semua dalam masa beberapa minit sahaja.
  • Tiada pemeriksaan kredit. Tiada penjamin. Dokumen lain tidak diperlukan. Anda boleh mendapatkan pinjaman wang di Pajak Gadai Wangi tanpa mengambil kira sejarah kewangan anda.
  • Kami hanya memerlukan maklumat Mykad atau pasport serta nombor telefon anda sahaja untuk tujuan pengenalan. Pajak Gadai Wangi tidak menyimpan apa-apa maklumat peribadi lain.
  • Menjawab pertanyaan pelanggan dengan segera dan cekap.
  • Dibuka 6 hari seminggu.

Fleksibel
  • Anda boleh memilih untuk meminjam jumlah yang kecil atau lebih besar berdasarkan nilai pasaran semasa emas atau barang kemas anda.
  • Tempoh pinjaman kami adalah 6 bulan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh membayar balik pinjaman dan menebus barangan mereka sebelum tamat tempoh pinjaman.
  • Pelanggan boleh memilih untuk membayar balik pinjaman mereka secara ansuran dalam apa-apa amaun.
  • Bayaran faedah ke atas pinjaman hanya diperlukan pada akhir tempoh pinjaman 6 bulan.
  • Pelanggan mempunyai pilihan untuk memperbaharui pinjaman mereka dan melanjutkan tempoh pinjaman untuk 6 bulan lagi.

Telus
  • Pajak Gadai Wangi ialah pajak gadai berlesen yang mematuhi Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
  • Pelanggan tidak membayar lebih daripada 2% faedah sebulan.
  • Butiran barangan sandaran, jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan syarat pinjaman dicetak di atas setiap tiket pajak gadai pelanggan.
  • Tiada wang pendahuluan atau caj penalti. 

Sila baca laman Soalan Lazim atau Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment