Saturday, 1 September 2012

Perbezaan antara Skim Ar-Rahnu dengan Pajak Gadai Wangi




Ar-Rahnu
Pajak Gadai Wangi
Konsep
Pajak gadai Islam berdasarkan prinsip Syariah.
Pajak gadai konvensional.
Kos Pinjaman
Yuran bulanan dicaj mengikut harga emas yang dipajakgadaikan (nilai marhun).
Faedah 2% sebulan ke atas jumlah pinjaman.
Tempoh Pembayaran
Tempoh pertama selama 6 bulan boleh dilanjutkan untuk 3 bulan dan akhirnya untuk 2 bulan lagi.
Tempoh pinjaman selama 6 bulan boleh dilanjutkan untuk 6 bulan lagi dan seterusnya tanpa had.
Jenis Cagaran
Emas 18K - 24K (750 – 999) sahaja. Bank tidak menerima emas suasa dan jongkong emas (gold bar).



Pajak Gadai Wangi menerima hampir semua jenis emas kuning, emas putih, jam tangan emas, jongkong emas, syiling/dinar emas, berlian serta barang kemas emas yang berongga dan berbatu. Emas terpakai yang rosak, putus, lusuh, serpih atau remuk juga diterima.
Proses
Pelanggan perlu mengisi borang dan memberikan maklumat seperti nama majikan, alamat tempat kerja, pekerjaan, pendapatan kasar dan butir-butir peribadi yang lain kepada bank. Pelanggan juga mesti membuka akaun simpanan dengan bank.
Kebanyakan urusan di Pajak Gadai Wangi hanya mengambil masa beberapa minit. Tiada borang untuk diisi.
Pemeriksaan Kredit dan Status Bankrap
Pelanggan yang berstatus bankrap tidak layak untuk memohon pinjaman skim Ar-Rahnu. Maklumat peminjam dimasukkan ke dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS). Maklumat kredit peminjam akan terjejas sekiranya gagal menjelaskan pinjaman.
Tiada pemeriksaan Kredit. Maklumat peminjam tidak dimasukkan ke dalam CCRIS dan maklumat kredit peminjam tidak akan terjejas.
Pelanggan yang berstatus bankrap boleh mendapatkan pinjaman wang.
Had Pinjaman
Minimum RM100. 
Boleh memberi pinjaman wang kurang daripada RM100.
Waktu Buka

Bank Rakyat and Agro Bank ditutup pada hujung minggu dan cuti umum.
Pajak Gadai Wangi dibuka 6 hari seminggu.

Kelebihan Pajak Gadai Wangi:
  1. Pajak Gadai Wangi mengamalkan standard etika perniagaan yang tinggi serta mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
  2. Urusniaga yang telus: Butir-butir barang sandaran, jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan syarat-syarat pinjaman dicatatkan dengan lengkap di atas tiket pajakgadai pelanggan.
  3. Pajak Gadai Wangi tidak mengenakan caj penalti lewat atau wang pendahuluan.
  4. Faedah 2% sebulan dikenakan ke atas jumlah pinjaman dan bukannya nilai emas yang dicagarkan. Dengan itu, pelanggan boleh memilih untuk meminjam amaun yang besar ataupun kecil mengikut keperluan masing-masing.
  5. Barang kemas pelanggan disimpan dengan selamat dan nilai gadaian barang sandaran tidak akan merosot.
  6. Pajak Gadai Wangi memberi nilai gadaian yang tinggi dan mengenakan kadar faedah yang kompetitif.
  7. Pajak Gadai Wangi menghubungi pelanggan apabila tempoh pinjaman mereka hampir tamat supaya pelanggan diingatkan untuk menebus atau melanjutkan pinjaman mereka.
  8. Notis dihantar kepada pelanggan tentang upacara lelongan sekiranya tempoh membayar balik mereka telah habis. Upacara lelongan dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dikendalikan oleh pelelong yang berlesen. Wang lebihan akan dipulangkan kepada pelanggan.
Sila baca artikel "Faedah yang Rendah, Pantas dan Mudah: 8 kebaikan Pajak Gadai Wangi."

No comments:

Post a Comment