Monday 20 April 2015

Panduan Ringkas Menyimpan Barang Berharga Dengan Selamat

Read this article in English. 中文

Panduan Ringkas Menyimpan Emas dan Barang Berharga Anda Di Rumah Dengan Selamat

Berikut ialah langkah-langkah keselamatan mudah yang boleh membantu melindungi harta benda anda di rumah:

  • Sentiasa menyimpan barangan berharga anda di tempat selamat yang tersembunyi dan dikunci dengan rapi.
  • Peti Keselamatan anda di rumah mesti dipasang kukuh ke atas lantai konkrit di tempat yang tidak mudah dicari. Walaupun peti keselamatan boleh dipaksa buka, proses ini melibatkan masa yang agak panjang dan kebanyakan pencuri memilih barangan berharga yang boleh dilarikan dengan mudah.
  • Sebagai langkah keselamatan tambahan, memilih peti keselamatan yang kalis api dan kalis air dan meletakkan peti tersebut di lokasi yang tidak terdedak kepada air ataupun api.
  • Simpan barang kemas atau dokumen penting anda di bilik kebal dalam bank yang menawarkan perkhidmatan penyewaan peti keselamatan.
  • Pintu dan tingkap mesti ditutup dengan rapi terutamanya apabila anda meninggalkan rumah untuk mengelak tempat anda menjadi sasaran mudah untuk penjenayah.
  • Sistem penggera boleh membantu menghindar penceroboh dan membantu anda memantau keselamatan di rumah.
  • Jangan menyebarkan maklumat peribadi kepada orang ramai dengan mengiklankan ketiadaan anda di rumah pada media sosial.
  • Menjaga keselamatan kawasan perumahan anda dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan kepada polis.

Pajak Gadai Wangi, Pemegang Pajak Gadai Berlesen: Sistem keselamatan yang menyeluruh.
Sila membaca Soalan Lazim atau hubungi kami hari ini!

No comments:

Post a Comment