Thursday, 19 April 2012

Elakkan Ceti Haram/ Ah Long dan Kedai Pajak Gadai Tidak Berlesen

Read this article in English

Dapatkan Pinjaman Wang Dengan Kadar Faedah Yang Rendah dari Pajak Gadai Berlesen.

Apakah pajak gadai berlesen?
Pajak gadai berlesen seperti Pajak Gadai Wangi dikawal oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan mesti mematuhi peraturan di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 digubal untuk memastikan hak-hak peminjam dilindungi.

Pajak Gadai Wangi -
  • Mengenakan kadar faedah 2% sebulan sahaja untuk pinjaman wang dengan emas/ barang kemas sebagai cagaran.
  • Tempoh pinjaman ialah 6 bulan atau lebih awal dan boleh diperbaharui untuk tempoh 6 bulan lagi.
  • Pelanggan akan menerima tiket pajakgadai dengan catatan lengkap barang gadaian untuk setiap transaksi.
  • Semua barang gadaian disimpan dengan selamat di dalam bilik kebal yang dipantau oleh sistem CCTV 24 jam sehari.
  • Emas dinilai mengikut harga emas harian.
  • Berurus-niaga dengan cara yang adil dan profesional.
  • Dikawal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan mematuhi peraturan di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Apakah Ah Long/ceti haram dan kedai pajak gadai tidak berlesen?

  • Ah Long/ ceti haram adalah orang atau badan yang menawarkan pinjaman tidak bercagar yang haram pada kadar faedah yang tinggi kepada individu, sering dengan ancaman keganasan.
  • Kedai-kedai pajak gadai yang tidak berlesen beroperasi tanpa lesen daripada pihak berkuasa dan mengenakan faedah lebih daripada 2% sebulan untuk pinjaman wang.

Ah Long/ ceti haram dan kedai-kedai pajak gadai yang tidak berlesen adalah pemberi pinjaman wang yang haram dan beroperasi di luar undang-undang. Jika anda meminjam dari peminjam wang haram, anda akan:

  1. Mendapatkan pinjaman wang dengan syarat – syarat yang amat merugikan anda
  • Syarat-syarat yang ditawarkan biasanya amat tidak adil kepada peminjam.
  • Pemberi pinjaman wang yang tidak sah tidak mencatatkan rekod pembayaran dengan jelas untuk mengaburi peminjam. Akibatnya, peminjam tidak sedar akan jumlah wang dan kadar faedah sebenar yang perlu dibayar.
  • Untuk mengelak pihak berkuasa, kedai pajak gadai tidak berlesen memberikan resit pembelian dan bukannya tiket pajakgadai kepada peminjam. Hasilnya, tidak ada bukti bahawa sesuatu barang telah dipajak dan peminjam terpaksa menuruti kehendak kedai pajak gadai yang tidak berlesen untuk menebus harta benda berharga mereka.
  • Emas dinilai sesuka hati oleh pengendali kedai pajak gadai yang tidak berlesen dan tidak berdasarkan harga pasaran harian.
  • Ah long/ ceti haram menyimpan dokumen pengenalan peminjam atau pasport sebagai cagaran.

   2.  Membayar kadar faedah yang terlalu tinggi
  • Terdapat banyak kes di mana orang yang meminjam wang dari pemberi pinjam wang yang haram membayar dua atau tiga kali ganda jumlah wang yang dipinjam sebagai faedah.
  • Pemberi pinjaman wang yang haram akan menambah bayaran dan faedah yang tidak munasabah sehingga  si peminjam terperangkap dalam lingkaran hutang yang tidak berkesudahan.
  • Pemberi pinjaman wang haram akan menyimpan kad ATM bank mangsa dan nombor PIN untuk mengeluarkan wang terus dari akaun mangsa, sekaligus meninggalkan mangsa mereka dengan sedikit atau tiada wang untuk kegunaan harian.
  • Pemberi pinjaman wang yang tidak sah  mengenakan kadar faedah yang tinggi untuk "membeli" tiket pajakgadai daripada pelanggan pajak gadai berlesen.
 
  3.  Akan diancam dengan keganasan jika anda gagal membayar balik pinjaman
  • Ah Long/ ceti haram menggunakan keganasan untuk mendapatkan kembali wang mereka.
  • Peminjam akan dipaksa meminjam lebih dari pemberi pinjaman wang haram untuk membayar balik hutang asal mereka.
  • Ah Long/ ceti haram akan memusnahkan kehidupan peribadi, keluarga, dan perniagaan mangsa mereka.

 4.   Kehilangan harta benda anda
  • Ah Long/ ceti haram sering menggunakan keganasan untuk mengambil barangan berharga peminjam untuk mendapatkan wang. 
  • Kedai pajak gadai tidak berlesen akan diserbu oleh pihak berkuasa. Barang gadaian yang digadai secara tidak sah akan dirampas. 
  • Kedai pajak gadai tidak berlesen mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tambahan yang tidak munasabah supaya peminjam tidak berkemampuan menebus barang berharga mereka.

Kesimpulan:
Meminjam wang daripada ah long/ceti haram dan kedai pajak gadai yang tidak berlesen adalah salah di sisi undang-undang dan akan mendedahkan diri anda kepada risiko keganasan serta menyebabkan hutang anda bertambah dalam tempoh masa yang singkat. Anda harus mendapatkan pinjaman wang daripada sumber yang sah dan mempunyai reputasi yang baik . Sila hubungi Pajak Gadai Wangi hari ini di nombor: 082 – 348229.

Dikemaskini: 03 Sept 2012.

No comments:

Post a Comment